Friday, June 13, 2014

NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG PULAI

NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG
SETIAP petempatan mempunyai sejarahnya  sendiri,  begitulah juga  Kampung Pulai. Desa ini dibuka kira-kira l65 tahun yang lalu (1844) oleh seorang berdarah Bugis bernama Daeng Talib. Beliau digambarkan berbadan tegap dan berkulit putih kuning.
DAENG Talib dan kerabatnya telah mendiami di kawasan Pantai Gupung (Pulai Timur). Pada ketika itu, kebanyakan penghuni di desa kecil ini tinggal di pinggir Selat Melaka dan mereka adalah terdiri daripada keturunan Bugis dan Jawa.
SETELAH Daeng Talib meninggal dunia, anak lelakinya Tok Dewa meluaskan lagi kawasan kediaman. Penduduk desa ini terus berubah dari tahun ke tahun. Pada masa yang sama beberapa penempatan orang-orang Bugis telah wujud terutamanya di Serkam dan Telok Mas.
JIKA Parameswara menamakan Melaka berdasarkan pokok, begitulah wujudnya nama Pulai mengikut sejenis pokok kayu yang begitu banyak terdapat di desa ini. Pokok Pulai sejenis pokok kayu yang keras dan ini menjadi simbol kekukuhan dan keutuhan penghuninya.
KAMPUNG Pulai juga merupakan sebuah perkampungan nelayan yang tiada apa-apa kemudahan dan penghuninya terus hidup dalam keadaan serba kekurangan.
KEADAAN ini mula berubah setelah pihak British memerintah semula di negara tercinta ini. Pulai mula didedahkan dengan pendidikan formal (1946) dan sebuah Sekolah Melayu mula didirikan oleh orang-orang kampung yang sedar betapa pentingnya pelajaran ketika itu. Sejak itu, Pulai terus berubah dan perubahan paling ketara ialah setelah negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

HINGGA kini, kita telah menikmati kemerdekaan selama 54 tahun.  Selama setengah abad ini Pulai terus berubah dan kini Pulai telah dapat melahirkan ramai golongan professional, usahawan dan pendidik.  Insya Allah menjelang 2020, Pulai akan menjadi sebuah desa yang maju dan cemerlang.

PULAI HOMESTAY

Kami menyediakan 35 buah rumah, 40 bilik  twin bed untuk disewa sebagai penginapan desa paling mendamaikan.  Dengan kelengkapan bilik air di setiap bilik serta pendingin udara.  Kami juga menyediakan basikal dan motorsikal kemudahan bagi pelancong yang ingin melawat kawasan kampung dan tempat-tempat bersejarah yang terdapat berhampiran dengan kawasan Kampung Pulai.







ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
DAN SALAM SEJAHTERA..

 Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti.
Dari jauh tuan puan datang,
Orang Melaka sedia menanti.

Belaian kasih irama bermadah,
Budaya dijaga mungkar dicegah.
Pulai bersih bertambah indah,
Semoga sentiasa diberkati Allah.

Anda ingin merasai suasana tenang di desa?

Homestay Kampung Pulai menyediakan beberapa buah  homestay / rumah tamu untuk anda merasai ketenangan menginap di kampung dengan suasana yang permai.
Dengan fasiliti yang lengkap dan menarik anda pasti berpuas hati dengan layanan  yang akan diberikan.  
UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT
SILA HUBUNGI:

DATUK HJ. SEMAN BIN DEROS
KM. 17, KAMPUNG PULAI, 77300 MERLIMAU, MELAKA.

NO. TEL: 
06-2619744 / 019 6664948 / 012 3363101

email:
homestaypulai.melaka@gmail.com