NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG
SETIAP petempatan mempunyai sejarahnya sendiri,
begitulah juga Kampung Pulai.
Desa ini dibuka kira-kira l65 tahun yang lalu (1844) oleh seorang berdarah
Bugis bernama Daeng Talib. Beliau digambarkan berbadan tegap dan berkulit putih
kuning.
DAENG Talib dan kerabatnya telah mendiami di
kawasan Pantai Gupung (Pulai Timur). Pada ketika itu, kebanyakan penghuni di
desa kecil ini tinggal di pinggir Selat Melaka dan mereka adalah terdiri
daripada keturunan Bugis dan Jawa.
SETELAH Daeng Talib meninggal dunia, anak
lelakinya Tok Dewa meluaskan lagi kawasan kediaman. Penduduk desa ini terus
berubah dari tahun ke tahun. Pada masa yang sama beberapa penempatan
orang-orang Bugis telah wujud terutamanya di Serkam dan Telok Mas.
JIKA Parameswara menamakan Melaka
berdasarkan pokok, begitulah wujudnya nama Pulai mengikut sejenis pokok kayu
yang begitu banyak terdapat di desa ini. Pokok Pulai sejenis pokok kayu yang
keras dan ini menjadi simbol kekukuhan dan keutuhan penghuninya.
KAMPUNG Pulai juga merupakan sebuah
perkampungan nelayan yang tiada apa-apa kemudahan dan penghuninya terus hidup
dalam keadaan serba kekurangan.
KEADAAN ini mula berubah setelah pihak British
memerintah semula di negara tercinta ini. Pulai mula didedahkan dengan
pendidikan formal (1946) dan sebuah Sekolah Melayu mula didirikan oleh
orang-orang kampung yang sedar betapa pentingnya pelajaran ketika itu. Sejak
itu, Pulai terus berubah dan perubahan paling ketara ialah setelah negara ini
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
HINGGA kini, kita telah menikmati kemerdekaan
selama 54 tahun. Selama setengah abad
ini Pulai terus berubah dan kini Pulai telah dapat melahirkan ramai golongan
professional, usahawan dan pendidik.
Insya Allah menjelang 2020, Pulai akan menjadi sebuah desa yang maju dan
cemerlang.
No comments:
Post a Comment